
"In the name of God, most Gracious, most Compassionate"
I apologize that this entry is mostly written in Malay. But the tagline is an interesting twist on the Malay idea of 'ala-kadar' meaning doing things half heartedly or not putting real effort into something.
A friend shared this note on Facebook, so here it is:
Sangat mencabar nak memberikan pemahaman yang mudah bagi sekumpulan belia tentang malam LaylatulQadar. Saya nekad mulakan dengan analogi berbentuk cerita.
Tersebut alkisah sekumpulan pekerja berkumpul di meja Iftar. Salah seorang dari mereka pun bersuara.
“Kau tau tak, Bos kata siapa yang overtime hujung bulan ni dia nak kasi bonus!” “betul ke?”
“Betul! Tapi yang menjadi musykilnya sekarang ini, bos kata siapa yang datang satu hari dari hari-hari tersebut saja yang dia akan beri bonus ni!” “eh, pelik betullah, kenapa begitu syaratnya, ini dah kira siapa nasib baik dia dapat la eh?”
Begitulah manusia, apabila sesuatu ganjaran itu dirahsiakan cara meraihnya, tentu sekali usaha untuk mendapatkannya akan dikira sebagai NASIB. Ertinya tiada perlulah sebarang usaha tambahan melainkan sekadar menanti keputusannya dihujung nanti, kalau kena, kenalah.
Sebenarnya malam penuh ganjaran itu kekal rahsia berabad lama adalah kerana menjadi bukti keadilan dan kasih sayang Tuhan.
Keadilan dan kasih sayang?
Iya, Bayangkan kamu ambil bahagian dalam lumba maraton, beratus pelari yang lain turut ambil bahagian, dihujung sana siap menanti ganjaran bagi yang menghabiskan larian, bahkan jalanraya dibersihkan dan ditutup agar para pelari mudah berlari dan tiada halangan.
Maka begitulah Ramadhan, dihujungnya menanti banyak ganjaran bagi yang menginginkan. Bagi memudahkan kita, Tuhan yang Maha pengasih pun menggari Syaitan dari mengusik agar tidak mengganggu konsentrasi ibadah. Jadi apa alasannya untuk kita tidak memecut lari?
“Mungkin ada dari mereka yang rasa penat.” Sahut seorang dari mereka mungkin memahami perumpaan analogi tersebut.
“Betul tu, maka syukurlah kita tuhan kurniakan 10 malam terakhir sebagai jarak bagi kita mulakan pecutan, dan pasti dihujung nanti ramai yang tercungap kepenatan kan? Oleh itu hanya yang besungguh-sungguh dan yang bersiap fizikal dan mental sahaja yang mampu memelihara stamina mereka hingga ke akhir garisan. Sekaligus meraih hadiah yang layak bagi mereka atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan.
Soalannya adakah mereka yang tidak bersiap dan bersungguh akan gagal mendapat ganjaran?”
Jawapannya tidak, pasti ada juga yang sampai kegarisan penamat cuma bezanya adalah mereka tidak akan mendapat kedudukan yang baik dalam perlumbaan tersebut.
“hah, tak apalah asalkan kita dapat kan dah cukup baik tu Ustaz!”
“ Kalau begitu awak dah berjaya menanam niat mengejar laylatul-ala-kadar namanya”
“haha, dan bos tu pun tak rugi apa-apa kan Ustaz?” kata temannya.
“Tau takpe.” Jawab Ustaz.